Kenapa Kuala Lumpur adalah bandar raya yang sangat sesuai untuk sebuah Francais Pendidikan?

Hello dan selamat datang ke laman web francais bahasa Inggeris New Horizons. Kami percaya anda menemui halaman ini kerana anda sedang mempertimbangkan pelbagai peluang francais pendidikan yang wujud di dalam pasaran anda. Kami yakin bahawa Kuala Lumpur adalah bandar raya yang sesuai dan berpotensi untuk sebuah perniagaan pendidikan dan kami mahu memberikan beberapa pendapat mengenainya sekaligus memberikan anda gambaran ringkas tentang peluang francais kami.

Sebagai seorang pemilik perniagaan berpotensi, sila lihat halaman ini serta keseluruhan laman web kami untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai tawaran yang francais seperti New Horizons English dapat berikan kepada anda dalam impian anda untuk membina sebuah francais bahasa Inggeris.

Kuala Lumpur adalah sebuah bandar yang maju berkembang yang mempunyai pasaran semakin meluas dalam bidang pembelajaran bahasa Inggeris dengan bilangan penduduk ramai yang mempunyai kuasa beli yang tinggi. Berikut adalah beberapa sebab yang menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah destinasi yang wajar untuk sebuah francais bahasa Inggeris.

Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur (KL) menawarkan kemudahan infrastruktur yang moden, pertumbuhan ekonomi yang kukuh, dan taraf kesusasteraan yang melebihi paras sederhana. Ianya pantas menjadi sebuah hab pendidikan di Asia Tenggara dengan sekolah-sekolah dan universiti swasta, awam, dan antarabangsa yang terkenal, dengan tiga daripadanya menduduki QS World University Ranking (2015/16).[i] Sebab-sebab yang menjadikan Kuala Lumpur lokasi yang menguntungkan untuk sebuah francais bahasa Inggeris termasuklah:

  1. Ia mempunyai populasi penduduk seramai 1.67 juta orang(2014), yang dijangka   akan    mencapai 2.2 juta orang pada tahun 2020[vii]. Lembah Klang yang lebih besar   mempunyai populasi penduduk seramai lebih daripada 7.5 juta orang. Angka besar ini adalah sasaran pasaran yang bagus dan angka asas bagi sesiapa yang ingin membuka sebuah perniagaan.
  2. Penekanan kepada pendidikan di KL adalah sangat jelas. Bandar raya ini    menempatkan banyak sekolah-sekolah dan universiti swasta, awam dan  antarabangsa.
  3. Kuala Lumpur mempunyai KDNK per kapita yang tinggi sebanyak RM91, 097, pada tahun 2014 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 8.4%.[x]
  4. Penduduk tempatan KL mempunyai gaji pendapatan yang baik dan mereka juga mempunyai kuasa beli yang tinggi.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai sebab Kuala Lumpur adalah pilihan yang baik untuk sebuah francais pendidikan.

Pendidikan dan Pembelajaran Bahasa Inggeris

Terdapat lebih daripada 500 institut pendidikan tinggi awam di Malaysia,[ii] dan banyak sekolah swasta, awam dan antarabangsa yang terletak di Kuala Lumpur[iii]. Oleh kerana Bahasa Melayu adalah bahasa utama penyampaian, Bahasa Inggeris yang diajar tidak dititikberatkan dan kadangkala boleh hilang dalam terjemahan. Sekolah swasta, walau bagaimanapun adalah berlandaskan kurikulum British, Amerika, Australia atau kurikulum antarabangsa, dan jauh lebih mahal daripada sekolah awam.

Kuala Lumpur mempunyai kadar kesusasteraan yang baik pada tahap yang melebihi sederhana. Kadar kesusasteraan di Malaysia adalah 93.12% dengan kedudukan pada tangga 133 daripada 194.[iv] Pendidikan rendah dan pendidikan menengah adalah wajib dan percuma. Perkara ini dikawal oleh Kementerian Pelajaran kerana mereka mempunyai fokus yang mantap dalam melengkapkan pelajar mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan. Terdapat 20 universiti awam dan 32 universiti swasta di Malaysia yang menawarkan kursus pra-siswazah dan pasca-siswazah.[v] Oleh sebab itu, Bahasa Inggeris adalah bahasa yang sangat bernilai dan pemilik-pemilik perniagaan boleh meneroka pasaran yang menguntungkan ini dengan francais bahasa Inggeris mereka sendiri, ditambah dengan sistem dan strategi New Horizons yang telah terbukti berkesan.

Populasi Penduduk & KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar)

Kuala Lumpur/Lembah Klang mempunyai penduduk seramai kira-kira 1.67 juta/7.50 juta orang(2014) [vii] dan dijangka akan meningkat ke 2.2 juta/10 juta orang pada tahun 2020.[vii] Ia merupakan kawasan metropolitan yang paling pesat berkembang di negara tersebut, yang paling banyak menyumbang kepada KDNK negara. Greater Kuala Lumpur mempunyai penduduk seramai kira-kira 7 juta orang(2014). [vii]

Malaysia menunjukkan kekuatan ekonomi dengan kadar pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur yang tinggi. Menurut Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC), KDNK per kapita Malaysia pada tahun 2014 melebihi purata semua negara di seluruh dunia.[viii] Kuala Lumpur menyumbang kepada 38% KDNK Malaysia pada tahun 2014.[ix] KDNK per kapita Malaysia adalah US$10,830 (RM47,600) pada tahun 2014 [viii] manakala KDNK per kapita Kuala Lumpur adalah RM91,097 in 2014[x]. Kadar pertumbuhan KDNK yang direkodkan oleh KL pada tahun 2014 adalah 8.4%.[x] Ini bermakna bandar raya ini adalah bandar raya yang paling pesat berkembang dan akan terus meningkat lagi pertumbuhannya, sekaligus menjadikannya pilihan yang menguntungkan bagi mereka yang bercadang untuk membuka francais pendidikan mereka sendiri.

Penduduk-penduduk Kuala Lumpur mempunyai kuasa beli yang tinggi. Pendapatan boleh guna bagi setiap isi rumah mereka adalah 79% lebih tinggi daripada pendapatan boleh guna kebanyakan rakyat Malaysia (2014).[ix] Ini disebabkan oleh fakta yang menyatakan bahawa 71% individu yang boleh bekerja di KL adalah sama ada mereka yang bekerja atau masih mencari pekerjaan.[ix] Dengan lebih ramai individu yang bekerja di bandar raya tersebut, kapasiti pembelian mereka juga adalah lebih tinggi di seluruh Malaysia. Statistik mendedahkan[ix] bahawa di KL, penduduk membelanjakan lebih banyak pada hotel, restoran, dan pendidikan. Perbelanjaan pengguna pada sektor pendidikan di KL adalah 76% lebih tinggi di seluruh negara.[ix] Ini membuktikan bahawa KL ialah pilihan yang rasional dan wajar untuk membuka sebuah francais Bahasa Inggeris.

Infrastruktur dan Kemudahan

Bandar raya ini mempunyai bangunan-bangunan pencakar langit, bangunan seni bina kolonial British, dan lapangan-lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Menara Petronas, menara perak berkembar 88-tingkat, melambangkan kemajuan ibu kota berkenaan. Terdapat juga taman-taman tasik, galeri-galeri seni, muzium, taman-taman eko, masjid-masjid dan pasar-pasar yang menambahkan lagi keindahan KL.

Sebuah lapangan terbang besar baru yang bernilai USD 1.3 bilion yang dipanggil KLIA2 sedang dalam pembinaan. Ia dijangka dapat menampung 45 juta orang penumpang pada setiap tahun.[xi] Salah satu projek yang juga ditunggu-tunggu adalah projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura atau Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail (HSR). Penghubung kereta api dijangka akan siap sedia untuk digunakan pada tahun 2020.[xii] Ia akan mengurangkan masa perjalanan di antara Kuala Lumpur dan Singapura (205 batu) kepada hanya 90 minit berbanding kepada 6 jam masa memandu. Projek berprofil tinggi yang dialu-alukan oleh pemimpin kedua-dua negara ini dijangka akan meningkatkan peluang-peluang perniagaan dan pelancongan dengan drastik di KL.

Pusat-pusat membeli belah yang luas dan pasar-pasar tempatan menawarkan pembeli semua yang mereka perlukan. Pusat membeli belah yang besar seperti Pavilion KL dan Suria KLCC menarik ribuan pelancong dan penduduk tempatan. Tidak kira pusat beli belah yang mewah, pasar lambak, atau masakan Asia yang lazat, KL mempunyai segala-galanya. Ini menjadikan pembukaan sebuah francais Bahasa Inggeris sebagai francais yang kurang mendatangkan masalah bagi pemilik perniagaan yang masih baru.

Gaya hidup

Kos sara hidup di Malaysia adalah lebih rendah berbanding dengan negara-negara jiran. Indeks kos sara hidup di KL adalah 43.83, dan kuasa beli penduduk tempatan adalah 92.33.[xiii] Purata pendapatan sebulan adalah sangat tinggi (RM8586, 2012) di KL [xiv], yang bertukar kepada kuasa beli yang tinggi. Kos makanan adalah rendah, terutamanya barangan makanan tempatan. Bandar raya Asia ini adalah gabungan moden dan kuno, menawarkan alternatif-alternatif yang paling murah dan mewah. Ini bermaksud tidak kira anda adalah penduduk tempatan atau warga asing yang ingin membuka francais pendidikan sendiri, anda pastinya akan dapat menetap dengan mudah.

Kesimpulan

Peluang-peluang yang disediakan oleh Kuala Lumpur dalam aspek-aspek penting seperti infrastruktur, pertumbuhan ekonomi, dan permintaan menjadikannya sebagai satu destinasi terbaik untuk sebuah francais pendidikan. Kuasa beli yang tinggi ditambah pula dengan penekanan terhadap pendidikan menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi yang sangat wajar untuk sebuah francais bahasa Inggeris. Apabila anda mempertimbangkan sebuah lokasi untuk sebuah francais pendidikan di Asia, ambil kira Kuala Lumpur.

Gambaran Keseluruhan New Horizons English

Kini kami ingin memberikan anda gambaran ringkas mengenai francais New Horizons English. Sebagai alternatif, anda boleh melawat laman web kami dan memuat turun prospektus kami untuk maklumat lebih lanjut.

Francais New Horizons English dibina dengan tujuan untuk memanfaatkan cara moden, pelajar yang sibuk belajar – dengan fleksibiliti. Ianya sukar untuk sentiasa berada di pusat pembelajaran jika pelajar merupakan seorang remaja dewasa (kawan-kawan dan aktiviti sentiasa lebih penting) atau orang dewasa yang bekerja (kerja, keluarga, dan hidup adalah sentiasa lebih penting).

New Horizons English adalah jawapan kepada penyediaan arahan dan ujian untuk orang dewasa yang sibuk dengan menggunakan platform pendidikan yang terkenal di industri untuk menyampaikan gabungan unik multimedia, arahan secara-langsung berpusat, dan dalam-talian pada mana-mana peranti yang boleh menggunakan internet.

Kaedah pengajaran New Horizons English memudahkan pelajar-pelajar dengan memberikan mereka tiga kunci kelebihan pembelajaran:

  1. Belajar mengikut kemampuan sendiri
  2. Belajar di mana sahaja, pada bila-bila masa dengan Online Live®
  3. Belajar dengan guru anda sendiri dengan Mentored Learning®

Semua ini dibantu oleh sebuah pasukan didaktik dalam keadaan di mana pusat pembelajaran seni direka dalam kalangan pelajar untuk memberikan sokongan 360 darjah, setiap hari dalam seminggu.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kaedah New Horizons English menggunakan kaedah pemerolehan bahasa kedua secara semula jadi yang menekankan pembangunan pembelajaran intuitif berdasarkan komunikasi dan bukannya pembelajaran struktur bahasa. Hasilnya adalah keupayaan untuk bertutur bahasa dengan lebih pantas daripada kaedah pembelajaran tradisional, dan sebenarnya pelajar akan dapat bertutur bahasa Inggeris dari hari pertama kursus mereka.

Kursus ini terdiri daripada 36 Kitaran, setiapnya mengandungi 9 pelajaran multimedia dan 3 pelajaran secara-langsung. Pelajaran secara-langsung dibahagikan kepada kelas Online Live® Progress dan kelas berpusat Milestone di mana kemajuan pelajar akan dinilai untuk kitaran seterusnya. Satu kitaran biasanya akan memerlukan masa sebulan untuk disiapkan. Di samping itu, pelajar juga dapat mengakses buku-buku kerja digital yang bertindak sebagai bahan bantuan pembelajaran dan boleh didapati dan digunakan mengikut keperluan pelajar sepanjang kursus.

Akhir sekali, pusat latihan, Kita tahu walaupun multimedia dan pelajaran dalam-talian kita sentiasa di hadapan, tidak ada yang boleh menggantikan sentuhan manusia. Oleh sebab itu, kami juga telah membina pusat-pusat latihan kami untuk memberikan pelajar akses kepada guru-guru dan suasana pembelajaran yang direka untuk memberikan segala keperluan pelajar pada masa kini. Semua pusat latihan kami dilengkapi dengan teknologi terkini dalam zon yang direka khas untuk membolehkan setiap pelajar memandu pengalaman pembelajaran mereka sendiri dengan francais pendidikan New Horizons English.

Kami benar-benar percaya bahawa sekarang adalah masa yang tepat untuk pendekatan yang baru dan moden untuk francais bahasa Inggeris di Kuala Lumpur, Malaysia. Kami sangat berminat untuk berbincang dengan lebih terperinci bersama rakan-kongsi yang berminat dan berkelayakan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati laman web kami dan muat turun prospektus francais kami.

Sumber

[i] https://www.topuniversities.com/university-rankings-articles/qs-best-student-cities/kuala-lumpur

[ii] https://www.malaysiaeducationguide.com/index.htm

[iii] https://www.expatarrivals.com/malaysia/kuala-lumpur/international-schools-in-kuala-lumpur

[iv] https://country-facts.findthedata.com/q/81/2395/What-is-the-literacy-rate-in-Malaysia-a-country-in-the-continent-of-Asia

[v] https://www.easyexpat.com/en/guides/malaysia/kuala-lumpur/school/school-system.htm

[vi] https://www.topuniversities.com/university-rankings-articles/qs-best-student-cities/kuala-lumpur

[vii] https://worldpopulationreview.com/world-cities/kuala-lumpur-population/& https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2014/02/13/klang-valleys-future/

[viii] https://www.thesundaily.my/news/1566174

[ix] https://www.euromonitor.com/kuala-lumpur-city-review/report

[x] https://www.statistics.gov.my/index.php?r=column/cone&menu_id=bjRlZXVGdnBueDJKY1BPWEFPRlhIdz09

[xi] https://www.klia2.info/about-klia2

[xii] https://www.knightfrank.com/globalcities/2016/global-cities/future-cities/kuala-lumpur

[xiii] https://www.numbeo.com/cost-of-living/city_result.jsp?country=Malaysia&city=Kuala+Lumpur

[xiv] https://www.expatarrivals.com/malaysia/cost-of-living-in-malaysia